
Aksi pemain JDT, Mohd Jasazrin Jamaludin mengasak pertahanan ATM dalam perlawanan Piala Malaysia di Stadium Selayang. Gambar oleh Arep Kulal
SELAYANG 29 Ogos 2014 : Pasukan Johor Darul Takzim (JDT) terus mendabik dada apabila berjaya melangkah ke peringkat Suku Akhir Piala Malaysia 2014 setelah menewaskan ATM 1-0 di Stadium Selayang, Selangor malam tadi.
Gol kemenangan pasukan JDT di jaringkan oleh penyerang import mereka, Luciano Figueroa pada minit ke 19 permainan. Walaupun kedua-dua pasukan sering mengasak ke kubu lawan masing-masing, namun pertahanan JDT ternyata kental mempertahankan kubu mereka dari dibedil barisan penyerang ATM.
Dengan kemenangan di Selayang, JDT mengesahkan tempat ke peringkat Suku Akhir Piala Malaysia 2014 bersama-sama pasukan Pahang, Kelantan dan Felda United.