Home / Bola Sepak / JDT Juara Superbest Piala FA 2016

JDT Juara Superbest Piala FA 2016

Shah Alam, 14 Mei 2016 : Johor Darul Takzim (JDT) berjaya mencatatkan kejuaraan Piala FA yang pertama setelah menewaskan Selangor PKNS FC dengan jaringan 2-1.

FACup_1

Walau bagaimanapun, JDT tergamam setelah PKNS berjaya menjaringkan gol awal melalui tendangan penalty Gabriel Guerra. Namun, JDT bingkas bangun untuk memantapkan gerakan-gerakan serangan sebelum berjaya menyamakan kedudukan melalui tendangan penalty ketua pasukan, Safiq Rahim.

FACup_2

10 minit sebelum perlawanan separuh masa pertama tamat, satu tendangan percuma secara pantas oleh Safiq Rahim berjaya membuka peluang untuk Jorge Pereyra Diaz menjaringkan gol pendahuluan.

FACup_3
Corak permainan kedua-dua pasukan sedikit terjejas berikutan permukaan padang basah akibat hujan sekaligus menyaksikan beberapa gerakan menarik gagal dilakukan dengan sempurna. Namun JDT nyaris dikejutkan dengan beberapa peluang berbahaya terutama penyerang Juan Cobelli. Namun, keputusan kekal berpihak kepada pasukan JDT.