Home / Bola Sepak / JDT II TAMBAT RODRIGUEZ DAN HIROSE

JDT II TAMBAT RODRIGUEZ DAN HIROSE

Pengarah Teknikal Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) Alistair Edwards slot pemain import JDT II akan diisi bekas pemain import kelab Persela Lambungan Indonesia Kei Hirose dan bekas penyerang import pasukan Kedah musim lalu Fernando Rodriguez.

Hirose dan Rodriguez menandatangani kontrak selama dua tahun bersama JDT II.

Fernando yang pernah beraksi bersama pasukan Kedah musim lalu berjaya memenangi anugerah kasut emas dan membantu skuad Lang Merah menjulang Piala FA serta mara ke final Piala Malaysia 2019.

Manakal Hirose merupakan bekas pemain tengah pasukan Persela Lambungan dalam saingan Liga I Indonesia.

Hirose turun beraksi 34 kali sepanjang musim lalu dan dia juga berhasrat mempamerkan keupayaannya bersama JDT II nanti.