Home / Bola Sepak / JDT II lebarkan penguasaan ke separuh akhir Piala Cabaran

JDT II lebarkan penguasaan ke separuh akhir Piala Cabaran

Kemenangan ketiga Johor Darul Ta’zim II dalam kumpulan A membawa skuad kendalian Ervin Boban ke pentas separuh akhir. Pada aksi di gelanggang sendiri JDT II cemerlang menundukkan Kelantan 3-1.

Beraksi di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, JDT2 tidak mengambil masa yang lama untuk memimpin permainan dengan membuka tirai jaringan seawal minit ke-7 menerusi penyerang import dari Labenon Mohamad Ghaddar.

Minit ke-25 Ramadhan Saifullah Usman menyumbat gol kedua tuan rumah untuk separuh masa berakhir 2-0.

Aksi selepas rehat terus dikuasai oleh JDT II hasilnya S.Kumaahran menjadikan pasukannya selesa mendahului 3-0 hasil jaringannya pada minit ke-50.

Enggan pulang dengan tangan kosong, Kelantan yang terdesak mencari gol akhirnya berjaya menembusi gawang JDT II menerusi Fauzi Rozlan pada minit ke-73.

Kemenangan 3-1 bukan sahaja membawa JDT II ke pentas separuh akhir Piala Cabaran 2019 malah ia menuntut semangat skuad kendalian Ervin Boban untuk mencipta rekod tanpa kalah dalam kumpulan A menentang Sarawak Khamis nanti.