Home / Bola Sepak / JDT Gagal di Stadium Shah Alam

JDT Gagal di Stadium Shah Alam

Shah Alam, 21 Februari 2015 : Impian JDT untuk menghilangkan kedukaan apabila tewas ketika kunjungan terakhir mereka di Stadium Shah Alam musnah apabila hanya mampu seri ketika bertemu Gergasi Merah, Selangor.

Andik Vermansyah menjadi tonggak utama Selangor ketika menentang JDT.

Andik Vermansyah menjadi tonggak utama Selangor ketika menentang JDT.

JDT dikejutkan dengan jaringan awal oleh Andik Vermansyah apabila berjaya menewaskan Farizal Marlias ketika permainan baru bermula 35 saat.

Namun, impian penyokong Selangor untuk menyaksikan pesta gol tidak menjadi kenyataan apabila JDT tampil mengukuhkan corak permainan dengan aksi-aksi yang lebih teratur. Namun, perlawanan separuh masa tamat dengan Selangor mendahului dengan satu jaringan.

Luciano Figueroa muncul penyelamat JDT selepas menjaringkan gol penyamaan.

Luciano Figueroa muncul penyelamat JDT selepas menjaringkan gol penyamaan.

Walau bagaimanapun, tembok pertahanan Selangor akhirnya roboh dengan jaringan susulan yang dilakukan oleh Luciano Figueroa pada minit ke 62.

Mohd Azrif bertindak balas ke atas kekasaran yang dilakukan oleh Safiq Rahim.

Mohd Azrif bertindak balas ke atas kekasaran yang dilakukan oleh Safiq Rahim.

Perlawanan malam tadi turut dicemari dengan aksi-aksi panas akibat daripada beberapa rempuhan kasar pemain dari kedua-dua pasukan. Ketua pasukan JDT, Safiq Rahim dan pemain pertahanan Selangor, Mohd Azrif Nasrulhaq boleh dianggap bernasib baik tidak dilayangkan kad merah selepas bertindak kasar antara satu sama lain.

Mohd Amirulhadi mungkin berhadapan dengan kecederaan yang serius.

Mohd Amirulhadi mungkin berhadapan dengan kecederaan yang serius.

Permainan malam tadi turut menyaksikan kecederaan kepada tonggak JDT, Mohd AmirulHadi Zainal yang terpaksa diusung keluar selepas cedera ketika bertembung dengan Andik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*