Home / Bola Sepak / JDT DAKAP KEJUARAAN LIGA SUPER MALAYSIA 2020 BUAT KALI KETUJUH

JDT DAKAP KEJUARAAN LIGA SUPER MALAYSIA 2020 BUAT KALI KETUJUH

Aksi bertenaga disajikan JDT merakam kemenangan 4-1 keatas Sabah menjadi keputusan yang cukup penting bagi memastikan kejuaraan Liga Super kekal di bumi Johor.

Beraksi di Stadium Sultan Ibrahim memang JDT mahu kan kemenangan bagi memastikan kejuaraan liga ternokhtah di gelanggang keramat mereka.

Namun JDT hanya dapat memecah kebuntuan pada minit ke-38 menerusi jaringan Diogo Luis Santos.

Tamat separuh masa aksi menarik terus disajikan JDT sebaik separuh masa bersambung.

Minit ke-26 JDT menggandakan jaringan kali ini hasil sentuhan Safawi Rasid menerusi percubaan menarik luar kotak penalti.

Sabah cuba bangkit dengan Dennis Buschening menjadikan kedudukan 2-1 pada minit ke-74.

Namun Sapawi terus mempamerkan ketajaman dengan menjaringkan gol kedua peribadi pada minit ke-81 menjadikan kedudukan 3-1.

Tiga minit berselang Leandro Velazquez memadam usaha Sabah hasil jaringan menerusi sepakan percuma melengkapkan kemenangan JDT 4-1.

Ini menjadi malam yang gemilang bagi JDT memuktamadkan kejuaraan dengan mengumpul 26 mata untuk kali ketujuh berturut-turut.

Sementara itu di Shah Alam tuan rumah UiTM gagal menyekat kebangkitan PJ City yang merakam kemenangan 4-2.

UiTM mendahului perlawanan di penghujung babak pertama selepas Gustavo menjaringkan sepakan penalti.

Namun seminit sebaik permainan bersambung PJ City kembali menyamakan kedudukan menerusi sentuhan R.Balakumar.

Giliran pelawat pula didepan selepas Anawen Jujeen menggandakan kedudukan dua minit berselang.

PJ City terus garang menambah gol ketiga kali ini menerusi jaringan R.Kogileswaran pada minit ke-66.

Walaupun berjaya merapatkan kedudukan 2-3 selepas Gustavo menjaringkan penalti kedua pada minit ke-75.

Jaringan Washington Brandao pada minit ke-79 membolehkan PJ City mengumpul 11 mata.

Kedudukan PJ City masih belum selamat ketika perlawanan masih berbaki satu perlawanan lagi.