Home / Bola Sepak / JDT ALAMI KERUGIAN RM35 JUTA SUSULAN SITUASI EKONOMI YANG TIDAK MENENTU

JDT ALAMI KERUGIAN RM35 JUTA SUSULAN SITUASI EKONOMI YANG TIDAK MENENTU

Pasukan juara Liga Super Johor Darul Ta’zim (JDT) merekodkan kerugian sebanyak RM35 juta pada tahun ini akibat pandemik Coovid-19.

Pemilik kelab JDT Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Ibrahim berharap situasi ekonomi dapat dipulihkan segera supaya pasukannya dapat kembali positif dari segi kewangan.

Tambah Tunku Ismail JDT memerlukan tempuh satu hingga dua tahun bagi memulihkan semula kewangan kelab namun bergantung kepada situasi ekonomi.

Walau bagaimana pun JDT masih berada dalam landasan dalam menjadikan kelab tersebut bernilai RM1 billion dengan jangkaan ia dapat dicapai menjelang pertengahan tahun 2021.

Sasaran itu kini telah mencapai 75% dengan empat syarikat antarabangsa telah menunjukkan minat menaja JDT.

Dalam perkembangan lain Tunku Ismail memaklumkan JDT akan melancarkan hak perubatan dan sebuah gimnasium bagi kegunaan awam tahun depan.

Turun diumumkan penyertaan pemain Brazil Camilo Da Silva sebagai pemain import baharu JDT menggantikan Diogo Dos Santos.

Bekas pemain Felda United Mohd Daniel Amir Norhisham juga turut diumumkan sebagai pemain baharu JDT dengan pengekalan Benjamin Mora sebagai jurulatih dan menggalas jawatan pengurus menggantikan Luciano Figuora akan meninggalkan JDT berikutan komitmen keluarga.