Home / Lain - Lain / JAWATANKUASA PARALIMPIK FILIPINA URA-URA TANGGUHKAN SUKAN PARA ASEAN BUAT KALI KEDUA

JAWATANKUASA PARALIMPIK FILIPINA URA-URA TANGGUHKAN SUKAN PARA ASEAN BUAT KALI KEDUA

Tuan rumah Sukan Para Asean 2020 Filipina sekali lagi membuat keputusan mengejutkan apabila mahu menunda temasya itu kesekiankalinya yang dijadualkan Mac ini.

Alasan yang diberikan kali ini adalah penularan wabak Novel Coronavirus yang melanda negara itu sekaligus menyebabkan kebimbingan ianya akan terus merebak.

Ianya juga meletakkan kontinjen negara dalam keadaan buntu kerana berdepan dengan penyusunan semula program pasukan selain dikhuatiri menjejaskan persiapan ke temasya paralimpik Tokyo enam bulan lagi.

Justeru Jawatankuasa Paralimpik Filipina (PPC) akan membawa perkara tersebut ke Persekutuan Paralimpik Asean (APSF) untuk mengubah jadual pertandingan.

Dari satu sudut ia dianggap langkah berjaga-jaga bagi mengelak jangkitan penyakit tersebut namun dalam masa yang sama turut memberi kesan program menuju ke Sukan Paralimpik Ogos nanti.

Presiden MPM Datuk Megat D Shahriman berpendapat tuan rumah seharusnya mengambilkira pendapat negara bertanding terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu keputusan.

Perkembangan terbaru itu akan dibincangkan secara mendalam oleh Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) menerusi mesyuarat exconya pada hari Isnin nanti bagi menimbang beberapa pilihan dengan meletakkan keutamaan kepada temasya paralimpik Tokyo terlebih dahulu.