Home / Lain - Lain / JACKIE WONG MASIH MENANTI LAMPU HIJAU KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

JACKIE WONG MASIH MENANTI LAMPU HIJAU KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Jaguh baling tukul besi negara Jackie Wong boleh menarik nafas lega apabila dijangka dibenarkan discaj dari Hospital Sibu Sarawak dalam masa terdekat.

Atlet berusia 28 tahun itu dimasukkan ke hospital selepas didapati positif Covid-19 sejak 16 Mac lalu.Selepas lebih 70 hari menerima rawatan beliau masih didapati positif dalam beberapa ujian yang dibuat sekaligus terpaksa kekal di wad.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah dalam sidang media KKM beliau ada menyebut menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) ada menyebut pesakit boleh discaj setelah menerima rawatan melebihi 14 hari.

Begitu pun belum ada maklumat lanjut status Jackie ketika ini. Beliau merupakan pemegang rekod kebangsaan acara baling tukul besi lelaki dengan jarak 68.22 meter.

Dia juga merupakan pemenang pingat emas Sukan SEA edisi 2017 di Malaysia dan menamatkan saingan peringkat Asia di Sukan Asia 2018 di Indonesia di tempat ketujuh selain pencapaian tempat kelapan peringkat Asia 2017 dan 2019.