Home / Lain - Lain / ISTAF bakal melobi sepak takraw ke Olimpik

ISTAF bakal melobi sepak takraw ke Olimpik

Kepercayaan Majlis Olimpik Antarabangsa (IOC) yang memberi lampu hijau buat sukan sepak takraw disiarkan di saluran Olympic Channel ibarat langkah awal Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) membawa sukan tradisi itu ke pentas tertinggi iaitu Sukan Olimpik.

Walaupun perjalanannya masih jauh dan rumit namun bagi ISTAF lebih perlu banyak tindakan susulan untuk menyakinkan badan olimpik berkenaan agar sukan tradisi rantau Asia Tenggara ini mendapat perhatian untuk dinilai ke temasya sukan yang terbesar seperti sukan-sukan minoriti yang lain.

ISTAF perlu memulakan perjalanan membida sepak takraw ke olimpik bermula sekarang dan tidak mahu lagi menunggu kerana bimbang sukan ini terus dipinggirkan di peringkat antarabangsa.

ISTAF banyak mempelajari sukan-sukan minoriti seperti skuasy yang sehingga kini masih gagal mendapat tempat di Sukan Olimpik tetapi semakin mendapat perhatian antarabangsa untuk terus menyokong sukan berkenaan.

Inilah yang menjadi keutamaan menganjurkan sepak takraw dan keistimewaannya terlebih dahulu kepada penggemar sukan dunia.

Sehingga kini hanya Sukan Asia yang menerima sepak takraw sebagai acara utama temasya. Di peringkat Sukan Komanwel situasi sepak takraw masih sukar berikutan tidak banyak negara yang aktif dalam sukan ini terutamanya eropah dan afrika.

Namun ia tidak menghalang ISTAF menyediakan platform yang berasingan bagi membolehkan negara-negara Komanwel bersama-sama menyertai pertandingan.

Selain perlu dipertandingkan di peringkat Sukan Komanwel, ISTAF juga perlu harus memikirkan bagaimana untuk menambah bilangan negara yang memiliki persatuan sepak takraw sendiri menerusi persatuan yang aktif barulah suara IOC dapat didengar.

Ini sekaligus membolehkan usaha mengumpul undian untuk membolehkan sepak takraw membina untuk diundi ke Sukan Olimpik.