Home / Lain - Lain / ISN pantau perkembang dan prestasi Azeem

ISN pantau perkembang dan prestasi Azeem

Foto : Institut Sukan Negara

Pelari pecut negara Muhammad Azeem Mohd Fahmi telah jalani program sains sukan khas selama sehari dengan Institut Sukan Negara (ISN) bagi mengetahui kemampuan sebenarnya.

Ia ekoran kejayaan atlet berusia 15 tahun itu mencatat masa 21.24 saat dalam acara 200m pada kejohanan Olahraga MSSM Johor April lalu sekaligus menjadi pelari berusia 16 tahun terpantas dunia ketika itu.

Ketua Pegawai Eksekutif ISN Ahmad Faedzal Md Ramli berkata semua data yang diperolehi akan dianalisis terlebih dahulu dan pihaknya akan terus memantau perkembangan Azeem.

Dalam situasi lain, Jad Adrian selaku Ketua Pusat, Sukan Kekuatan dan Daya Tahan di Institut Sukan Negara (ISN) turut membuat kajian bagaimana hendak menilai sama ada hebat ataupun tidak seseorang atlet, selain melihat kepada pingat kemenangan.

Katanya, pencapaian terbaik dunia acara 200m bagi atlet berusia 14 tahun untuk hampir dua dekad adalah milik Darrel Brown dari Trinidad and Tobago, iaitu dengan catatan masa 21.20s.

“Brown selama ini adalah pelari terbaik, namun ia dipadamkan oleh Sachin Dennis dari Jamaica yang merekodkan 20.89s, baru-baru ini.