Home / Bola Sepak / ISN Bantu Masyarakat Melalui Program Komuniti

ISN Bantu Masyarakat Melalui Program Komuniti

28 September 2013 – Kuala Lumpur : Institut Sukan Negara (ISN) dengan bantuan Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Yayasan Pencegahan Jenayah Kuala Lumpur, telah menjalankan satu program kemasyarakatan di kawasan Titiwangsa bagi memperkenalkan peranan sukan sebagai “alat ataupun medium” penting dalam aspek pembangunan dan keamanan dalam sesebuah komuniti masyarakat.
Program selama 2 tahun ini telah dilancarkan pada 28 September bertempat di Sekolah Kebangsaan St. Gabriel Jalan Perwira Kuala Lumpur yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan Yang Berhormat Datuk M. Saravanan serta Ahli Parlimen Titiwangsa Yang Berhormat Datuk Johari Abdul Ghani.
 

YB Datuk Saravanan menerima cenderahati daripada YB Datuk Johari
Antara objektif program seumpama ini diadakan adalah untuk mendekati komuniti masyarakat secara lebih mendalam yang juga merupakan objektif utama Tanggungjawab Sosial Masyarakat (CSR) Institut Sukan Negara (ISN). Selain itu, sukan juga kini merupakan medium untuk menyatukan masyarakat di Malaysia tidak mengira bangsa,agama dan peringkat umur.
Program ini juga dirancang untuk menjadikan sukan sebagai medium utama bagi menepis segala faktor  yang boleh menjadi penghalang sebilangan besar masyarakat untuk melibatkan diri dalam aktivit sukan. Bukan itu saja, malah program itu turut dirancang untuk menjadikan sukan sebagai asas utama dalam memberi galakkan dan motivasi kepada para belia untuk melibatkan diri dalam gaya hidup sihat.
Akhir sekali, program ini juga tidak berkecuali untuk membawa sektor awam dan swastalebih dekat dalam membantu kerajaan membangunkan peluang-peluang ekonomi baru melalui sukan seperti teknologi, infrastruktur, pembangunan pengetahuan (mewujudkan masyarakat berasaskan pengetahuan).
Antara aktiviti yang akan dijalankan ialah Medical Profiling iaitu rekod perubatan am peserta yang akan dikemaskini masuk ke pangkalan data dan kemudian dikumpulkan dan dimuat naik ke Pusat Pengurusan Digital dan Sistem Pemantauan bagi memudahkan proses rujukan dan cetakan laporan. Aktiviti kedua iaitu Baseline Assessment pula merupakan satu ujian di awal program baru di sekolah atau apabila seorang pelajar baru mula menyertainya.
Peserta program diberi penerangan oleh Atlet Karate Kebangsaan
 Terdapat juga beberapa aktiviti menarik seperti Progress Monitoring, Psycological Sports Training, Sports Specific Training dan Centralized Holiday Camp yang diterangkan lebih lanjut pada program itu.
Program kemasyarakatan ini disertai 40 pelajar sekolah dari sekitar Kuala Lumpur.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*