Home / Lain - Lain / Iskandar Johor Cycling Team optimis untuk raih pingat di Sukma 2020

Iskandar Johor Cycling Team optimis untuk raih pingat di Sukma 2020

Iskandar Johor Cycling Team optimis mampu memungut lebih pingat dalam acara berbasikal pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2020 berikutan perkembangan positif prestasi semasa pasukan bagi menghadapi temasya dwitahunan sukan terbesar negara yang akan diadakan pada Julai tahun hadapan.

Menurut Pengarah Sukan Negeri Johor Mohd Gadaffie Abdul Aziz proses pemerkasaan penjenamaan sukan negeri itu telah dilakukan dalam usaha menaikkan profil sukan berbasikal itu.

Tambahnya veledrom di Iskandar Putri yang dijangka siap Mac atau April 2020 menelan kos kira-kira RM60j itu antara usaha kerajaan negeri dalam membangunkan sukan berbasikal di negeri itu.

Selain mempunyai barisan pelumba muda berpotensi tinggi bekas jurulatih trek kebangsaan Junaidi Nasir selaku ketua jurulatih Iskandar Johor Cycling Team bakal memantapkan lagi pasukan itu dalam temasya Sukma 2020 nanti.