Home / Lain - Lain / IronMan 70.3 bakal menggegarkan Desaru

IronMan 70.3 bakal menggegarkan Desaru

Selepas Langkawi kini Desaru Coast Malaysia menjadi tuan rumah edisi sulung pesta sukan Desaru Coast dibawakan oleh IronMan yang dijadualkan berlangsung dari 17-19 April 2020.

Sebanyak lebih 60 slot kelayakan ke Kejohanan Dunia IronMan 70.3 di New Zealand tahun 2020 bakal menjadi rebutan di perlumbaan itu nanti.

Pesta sukan pada hujung minggu ini bakal dimeriahkan dengan acara IronMan 70.3 Desaru Coast selaku acara utama yang menjadi tarikan terbaru kepada kalendar IronMan 70.3 Asia bagi tahun hadapan.

IronMan 70.3 dan 5150 Triathlon Desaru Coast bakal menjadi acara tiga dan keempat sirkit IronMan Asia yang berlangsung di Malaysia selepas IronMan Malaysia dan IronMan 70.3 Langkawi.