Home / Lain - Lain / IOC BERI JAMINAN SUKAN OLIMPIK TOKYO 2020 TETAP AKAN BERLANGSUNG SEPERTI YANG DIRANCANG

IOC BERI JAMINAN SUKAN OLIMPIK TOKYO 2020 TETAP AKAN BERLANGSUNG SEPERTI YANG DIRANCANG

Kenyataan terbaru Majlis Olimpik Antarabangsa (IOC) menyatakan Olimpik Tokyo yang tertangguh akan tetap dianjurkan tanpa mengira situasi pandemik Covid-19.

Menurut Naib Presiden Majlis Olimpik Antarabangsa (IOC) John Coates temasya sukan terbesar di dunia itu belum pernah dibatalkan selain daripada ketika perang dunia dan yakin Olimpik Tokyo akan berjalan seperti dirancang.

IOC juga membayangkan tidak akan ada sebarang sekatan kepada kontinjen negara bertanding sama ada datang daripada negara yang memiliki kes besar jangkitan Covid-19 mahupun kecil.

“Ia akan tetap berlangsung dengan atau tanpa Covid-19. Temasya akan bermula pada 23 Julai tahun depan. Tugas mereka sekarang ialah melihat langkah yang diperlukan untuk memastikan temasya berlangsung.

Ada negara yang dapat mengawal Covid-19, ada yang tidak. Kita akan menerima atlet dari negara yang situasinya terkawal dan ada yang tidak 206 penyertaan.Jadi tugas besar menanti Jepun”, ujar John Coates dalam sidang media IOC.

Dengan sempadan Jepun yang masih ditutup kepada pelancong dan dengan masih dengan tiada vaksin dalam tempuh beberapa bulan atau tahun akan datang.

Timbul spekulasi pembatalan temasya 4 tahun sekali itu akan ditangguh atau dibatalkan terus IOC dan penganjur.

Ketika ini sebuah jawatankuasa khas telah ditubuhkan membabitkan pegawai IOC dan Jepun untuk menilai senario tahun 2021.

Jawatankuasa ini akan meneliti pelbagai situasi termasuklah kawalan sempadan akan memberi kesan kepada pergerakan atlet serta pegawai selain penilaian sama ada peminat boleh hadir menyaksikan pertandingan atau tidak.