Home / Lain - Lain / HULU SELANGOR BERPOTENSI SEBAGAI HUB SUKAN MOTOR LASAK DI MALAYSIA

HULU SELANGOR BERPOTENSI SEBAGAI HUB SUKAN MOTOR LASAK DI MALAYSIA

Selepas Litar Antarabangsa Sepang (SIC) terkenal sebagai hub sukan permotoran Asia, lokasi di Hulu Selangor mampu dibangunkan sebagai hub sukan permotoran lasak.

Pegawai Khas Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Rizuan Syafiq turut menjelaskan Hulu Selangor juga menjadi platform terbaik dalam usaha mencari bakat muda menceburi sukan permotoran yang mana KBS sudah mempunyai program-program khusus untuk pembangunan sukan itu.

Ridzuan hadir pada program ikatan silaturahmi Biker Belia Hulu Selangor sempena tahun baharu 2020 yang membabitkan penyertaan 450 belia dari seluruh daerah Hulu Selangor.

Program anjuran Kelab Aspirasi Wira Selangor (AWIRA) itu berlangsung di Seri Damai Riverside Kalumpang.

Hadir memeriahkan majlis penampilan istimewa ikon sukan permotoran lasak Mohd Amirul Ash-Syahid Mohd Salleh atau lebih dikenali dengan Gaban yang turut berkongsi pengalaman mengenai disiplin sebagai pelumba motor sukan lasak.