Home / Hoki / HOCKADEMY TAMPIL MENAFI DAKWAAN KHM

HOCKADEMY TAMPIL MENAFI DAKWAAN KHM

Susulan tidak menyertai Liga Hoki Malaysia pada musim hadapan Hockademy tampil menafi dakwaan ada unsur sabotaj terhadap Konfederasi Hoki Malaysia (KHM).

Menurut Timbalan Presiden Hockademy Muhamad Fariz Mustafa pihaknya menafikan wujud gerakan itu sebaliknya memaklumkan keputusan itu dibuat hanya berlandaskan masalah penajaan dari pihak akademik semata-mata.

Semuanya bertitik tolak kepada situasi semasa Covid-19 yang menjejaskan persiapan Hockademy seperti mengadakan sesi pemilihan dan latihan pasukan.

Selain itu impak kewangan pasukan menjadi penyebab utama Hockademy tidak menyertai saingan liga musim depan apatah lagi kesukaran mendapatkan penajaan ketika beberapa syarikat juga turut terjejas akibat pandemik ini.

Bagaimana pun pihak Hockademy menyatakan kesediaan untuk mengambil bahagian dalam Liga Hoki Remaja Malaysia 2021 dengan penumpuan diberikan kepada program pembangunan akar umbi yang dikenali sebagai program Hockakids.