Home / Hoki / HOCKADEMY PERKASAKAN HOKI DI PERINGKAT AKAR UMBI

HOCKADEMY PERKASAKAN HOKI DI PERINGKAT AKAR UMBI

Kelab hoki Hockademy buat julung kalinya mengambil langkah proaktif untuk mencungkil bakat-bakat baharu dengan menganjurkan program pembangunan akar umbi iaitu Festival 5 penjuru membabitkan penyertaan 140 pemain berusia 6 hingga 14 tahun.

Kejohanan yang berlangsung di Stadium Hoki Bukit Jalil festival yang membabitkan 5 kelab dan 23 pasukan itu disifatkan sebagai satu platform asas bagi memberi pendedahan kepada pemain-pemain muda untuk mengenali sukan hoki dan bukannya sebagai perlawanan untuk mencari juara.

Hockademy juga turut menganjurkan festival ini untuk memberi sokongan kepada Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) bagi memperkemaskan program bakat muda.

Tugas ini diakui perlu dipikul oleh kelab dan persatuan hoki negeri untuk bersama-sama mewujudkan lebih banyak program seumpama ini.

Selain Hockademy empat lagi kelab yang turut mengambil bahagian dalam festival ini adalah kelab hoki MBPJ, Kuala Lumpur Thunder, Touch Team dan Four State Hockey.