Home / Bola Sepak / Hatrik Ifedayo leburkan Pahang di Shah Alam

Hatrik Ifedayo leburkan Pahang di Shah Alam

Zaid Ayid | SukanMalaysiaDotMY

Selangor mencatatkan kemenangan ke atas Pahang di Stadium Shah Alam dengan keputusan 5-2. Kenduri jaringan di Shah Alam
bermula pada minit ke-29 menerusi tandukan Khyril Muhymeen Zambri berpunca sepakan percuma Sandro da Silva.

Zaid Ayid | SukanMalaysiaDotMY

Pasukan Pahang seakan-akan bermula perlahan kerana merehatkan beberapa pemain utama dikejutkan selang enam minit kemudian apabila
Ifedayo Omosuyi berjaya mendapatkan gol kedua tuan rumah selepas beberapa kali percubaan cuba dilakukan.

Ifedayo sekali lagi menjadi duri dalam daging memastikan Selangor terus selesa dengan kelebihan tiga gol menerusi jaringan keduanya pada minit
ke-43.

Pada babak kedua perlawanan, Selangor meledak gol keempat hanya 40 saat selepas wisel perlawanan dibunyikan. Jaringan ini berpunca hasil gerakan Ifedayo bertindak selaku perancang selepas hantarannya disudahkan dengan satu rembatan deras oleh Endrick dos Santos.

Zaid Ayid | SukanMalaysiaDotMY

Kogileswaran Raj mencuri tumpuan menjaringkan gol pada minit ke-67 untuk mengurangkan defisit kepada 4-1 dan diikuti dengan gol kedua Pahang pada minit ke-76 menerusi tandukan pemain gantian, Mohamadou Sumareh.

Ifedayo memastikan kebangkitan Pahang dengan melengkapkan hatriknya buat kali kedua musim ini hasil jaringan pada minit ke-85 untuk Selangor pulang tiga mata.