Home / Lain - Lain / Harun disebut bakal kembali ke dunia olahraga

Harun disebut bakal kembali ke dunia olahraga

Kesatuan Olahraga Malaysia (KOAM) akan membuat rayuan kepada Persekutuan Olahraga Antarabangsa untuk mengurangkan tempoh penggantungan bekas jurulatih olahraga kebangsaan Harun Rasheed.

Harun yang berdepan tempoh penggantungan 10 tahun sehingga 2021 disebut-sebut bakal menjawat semula jawatan itu ekoran perletakkan jawatan Zainal Abas.

Harun dipalit kontroversi bersama bekas Presiden KOM, Datuk Karim Ibrahim pada 2011 apabila didakwa menjadi dalang berhubung isu enam atlet melarikan diri daripada menjalani ujian doping.

Ekoran kejadian itu, Harun digantung 10 tahun oleh Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) berkuat kuasa 12 September 2011.