Home / Golf Remaja / Hariz, Foong, Caeden dan Ng Jin Xuen Juara DC Cup Tournament of Champions

Hariz, Foong, Caeden dan Ng Jin Xuen Juara DC Cup Tournament of Champions

TEMPLER PARK 16 Ogos 2019 : Hariz Hezri, Foong Zi Yu, Caeden Cheah dan Ng Jing Xuen muncul juara kategori masing-masing dalam Kejohanan Golf DC Cup Tournament of Champions anjuran My Future Junior Tour di Kelab Golf Templer pada Jumaat lalu.

Kejohanan yang berlangsung selama 3 hari itu mengumpulkan 12 pemain golf remaja bagi setiap kategori yang dipilih melalui mata merit sepanjang tahun 2019 kejohanan golf My Future Junior Tour.

Hariz Hezri ©MyFutureJuniorTour

Hariz yang mengungguli kategori lelaki (biru), ternyata mempamirkan permainan cemerlang apabila berjaya menyingkirkan pemain pilihan Rizq Adam Rohizam di peringkat separuh akhir sebelum berjaya menewaskan Akhmal Aiman Mohd Fauzi dalam perlawanan akhir matchplay untuk muncul juara kategori lelaki (biru).

Pemain pilihan bagi kategori Perempuan (putih), Foong Zi Yu pula ternyata menepati ramalan apabila mudah menewaskan Ashley Yen di peringkat separuh akhir sebelum menewaskan Maisarah Hezri di peringkat akhir kategori Perempuan (putih).

Foong Zi Yu ©MyFutureJuniorTour

Sementara bagi kategori lelaki (putih) Caeden Cheah melalui jalan mudah di peringkat separuh akhir apabila berjaya menewaskan Hazeem Yusoff sebelum diberi tentangan sengit oleh Hayden Hsien di dalam perlawanan akhir sebelum muncul juara.

Bagi kategori Perempuan (merah) Ng Jing Xuen berjaya menewaskan Ain Qistina Nazarudin dalam perlawanan akhir untuk muncul juara.

Kejohanan DC Cup Tournament of Champions merupakan kejohanan golf penutup siri Jelajah My Future Tour 2019.