Home / Bola Sepak / Harimau Malaya sasar juarai Piala Airmarine

Harimau Malaya sasar juarai Piala Airmarine

Presiden FAM meletakkan sasaran juara kepada skuad Harimau Malaya pada Kejohanan Piala Airmarine.

Datuk Hamidin Mohd Amin berkata Malaysia mampu melonjak ke ranking 34 Asia jika muncul juara sekaligus elak dari beraksi di pusingan playoff kelayakan Piala Dunia 2022.

Tambahnya keyakinan itu berdasarkan undian yang menyaksikan Malaysia akan bertemu Singapura pada 20 March sebelum bertemu pemenang dalam satu lagi aksi antara Oman dengan Afganistan pada aksi final.

Dalam pada itu pengurus skuad kebangsaan Datuk Yusuf Mahdi berkata pengendali Harimau Malaya berpeluang untuk menilai pemain pada kejohanan itu ekoran ketiadaan empat tonggak yang akan menyertai kejohanan kelayakan AFC bawah 23 tahun.

Dalam perkembangan berkaitan Datuk Ong Kim Swee menarik nafas lega apabila berjaya terima pemain terbaik bagi hadapi pusingan kelayakan AFC Bawah 23 Tahun pada 22 hingga 26 Mac ini.

Ini selepas Akhyar Rashid,Syahmi Safari, Safawi Rasyid dan Syameer Kutty Abba telah disahkan akan bersama dengan skuad muda negara untuk kejohanan tersebut.