Home / Bola Sepak / Harimau Malaya janjikan kejutan

Harimau Malaya janjikan kejutan

Pemain Harimau Malaya menjanjikan kejutan di Stadium Nasional Bukit Jalil dalam perlawanan menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) Selasa nanti demi membalas sokongan tidak berbelah bahagi rakyat Malaysia.

Keazaman itu diluahkan kepada Presiden Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd AMin berikutan rasa terharu terhadap setiap kata-kata dan azimat yang diluahkan penyokong yang mengiringi perjuangan skuad kebangsaan saat menghadapi cabaran sengit kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 ketika ini.

Malaysia akan berdepan UAE antara pasukan terbaik rantau Asia dalam aksi kedua kumpulan G di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Harapan tinggi FAM agar kapasiti 85 ribu penonton dapat dipenuhi agar bersama-sama menjadi ekor menyokong semangat perjuangan keatas pemain membuktikan kewibawaan dengan bangkit dari ketinggalan untuk menumbangkan Indonesia 3-2 pada aksi di gelanggang lawan Stadium Gelora Bung Karno Jakarta Khamis lalu.

Bagi FAM menentang UAE memerlukan pendekatan berbeza kerana kemampuan pemain dan taktikal jurulatih dari Belanda sememangnya bertaraf dunia.

Untuk itu sekurang-kurangnya satu mata menjadi sandaran di Bukit Jalil dengan harapan besar skuad negara tidak menanggung kekalahan mengaibkan.

Malaysia kini mengungguli kumpulan G dengan tiga mata hasil kemenangan keatas Indonesia pada aksi pertama selain Thailand dan Vietnam terikat tanpa jaringan.

Manakala pertemuan Selasa ini adalah aksi pertama buat UAE dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 ini.