Home / Lain - Lain / Harimau Malaya harus terus mengaum

Harimau Malaya harus terus mengaum

Skuad Harimau Malaya mesti bersedia untuk mengaum pada pusingan kedua kempen kelayakan bersama Piala Dunia dan Piala Asia pada September depan.

Jurulatih skuad kebangsaan Tan Cheng Hoe berkata pemain-pemainnya perlu bersedia dari sekarang kerana mereka akan bertemu lawan yang lebih sukar.

Malaysia melepasi pusingan play-off dengan kemenangan 12-2 secara aggregat mengatasi Timur Leste.

Dalam masa yang sama, penyerang negara Shahrel Fikri tekad terus menyarung jersi skuad Harimau Malaya demi membuktikan dirinya sebagai seorang penggempur berbisa.

Pemain PKNP FC yang dipinjamkan kepada Perak itu menjaringkan 4 gol dalam dua perlawanan play-off menentang Timur Leste baru-baru ini.

Beliau bagaimana pun tidak mahu terlalu berbangga dengan pencapaian itu kerana negara hanya berhadapan dengan pasukan yang tidak begitu besar dan kurang bersedia.