Home / Bola Sepak / Harimau Malaya Bergelut

Harimau Malaya Bergelut

HMArtikel Oleh : Al-Zaem

Melihatkan aksi menentang Tajikistan, banyak yang perlu diperbaiki oleh Dollah Salleh dan barisan jurulatih skuad kebangsaan menjelang kejohanan Piala AFF Suzuki 2014 penghujung November ini. Skuad kebangsaan tewas 1-4 dalam aksi persahabatan yang berlangsung di Stadium Central, Dushanbe malam tadi.

Seperti diduga, skuad Asia Tengah ini sememangnya lawan yang boleh memberikan saingan bermutu kepada skuad Harimau Malaya. Ia merupakan ujian sukar buat Dollah kerana selama ini skuad negara sering disajikan aksi ‘berulang’ menentang pasukan seperti Filipina dan Singapura yang sebenarnya kurang menguji kemampuan mereka.

Tajikistan tampil dengan aksi pantas, tersusun dan kemas, malah memiliki fizikal yang baik telah berjaya menyerlahkan kepincangan skuad Harimau Malaya. Dollah yang pertama kali turun selaku ketua jurulatih Harimau Malaya melakukan sedikit perubahan pemain dengan menurunkan kapten Kelantan, Bahdri Radzi dan pemain sayap Sarawak, S. Chanturu dalam kesebelasan utama pasukan.

Namun, pemain yang sering disebut-sebut oleh para penyokong sebagai pemain yang perlu ada dalam skuad kebangsaan sebelum ini, iaitu Badhri gagal beraksi baik seperti yang seringkali dipamerkannya ketika bersama Kelantan. Badhri bersama gandingannya di posisi tengah, Amri Yahya dilihat tenggelam dan gagal mengemudi jentera tengah sekaligus membolehkan lawan mengawal rentak perlawanan. Malaysia terlebih dahulu ketinggalan dua gol hasil jaringan pemain pertahanan, Dargon Ergashev pada minit ke-15 dan Khurshed Makhmudov pada minit ke-35.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*