Home / Bola Sepak / Harapan Piya

Harapan Piya

Dari kiri : Baihakki Khaizan (Lions XII) , Norfarhan Muhammad (Kelantan FA), Mohd Badhri Radzi (Kelantan FA), Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan FA),Junior Eldstål (Sarawak FA)

Dari kiri : Baihakki Khaizan (Lions XII) , Norfarhan Muhammad (Kelantan FA), Mohd Badhri Radzi (Kelantan FA), Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan FA),Junior Eldstål (Sarawak FA)

Laporan Oleh : Al-Zaem

Shah Alam ; “Sebagai pemain, sudah tentu saya begitu teringin untuk menyarung jersi kebangsaan dan harap saya akan dipanggil pada masa akan datang,” ujar Pemain Paling Bernilai dalam Anugerah Bolasepak Kebangsaan 100PLUS-Astro Arena-FAM 2013, Mohd Badhri Radzi.
Dalam majlis yang berlangsung di Shah Alam semalam, Mohd Badhri Radzi atau lebih dikenali dengan panggilan Piya itu turut merangkul anugerah Pemain Tengah Terbaik mengenepikan kapten Sarawak, Joseph Kallang Tie, Nurul Azwan Roya (JDT), Christee Jayaseelan (ATM) serta dua tonggak Pahang iaitu R. Gopinathan dan Amirulhadi Zainal.

Bukan sahaja Piya, malah pemenang anugerah Pemain Penyerang Terbaik, Norfarhan Muhammad juga seringkali dijadikan watak tambahan dalam skuad kebangsaan yang dibentuk sebelum ini. Jadi, nampaknya skuad kebangsaan sebenarnya telah beraksi tanpa tonggak yang sepatutnya memperkuatkan cabaran negara dalam aksi-aksi antarabangsa.

Selain itu, pemenang anugerah Pemain Harapan, Junior Eldstål yang menjadi antara tunjang kejayaan Harimau Muda A kendalian Datuk Ong Kim Swee dalam menjuarai Pestabola Merdeka 2013 yang lalu juga wajar diberikan peluang untuk memperkuatkan skuad kebangsaan.

Kim Swee sebagai pengganti sementara ataupun mungkin pengganti tetap jawatan jurulatih skuad kebangsaan perlu memastikan pemilihan pemain untuk menyarung jersi kebangsaan dilakukan selepas pemerhatian dan penelitian yang mendalam dilakukan.

Jurulatih yang membantu Pahang menamatkan penantian 21 tahun untuk merangkul Piala Malaysia, Dollah Salleh dipilih sebagai Jurulatih Terbaik mengenepikan cabaran hebat daripada V. Sundramoorthy, Bojan Hodak, B. Sathianathan, Robert Alberts serta Ismail Zakaria, jurulatih Kelab Terbaik 2013, KL Sime Darby FC.

Senarai penuh pemenang:

Pemain Paling Bernilai: Mohd Badhri Radzi (Kelantan FA)
Penjaga Gol Terbaik: Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan FA)
Pertahanan Terbaik: Baihakki Khaizan (Lions XII)
Pemain Tengah Terbaik: Mohd Badhri Radzi (Kelantan FA)
Penyerang Terbaik: Norfarhan Muhammad (Kelantan FA)
Pemain Import Terbaik: Marlon Alex James (ATM FA)
Jurulatih Terbaik: Dollah Salleh (Pahang FA)
Pemain Harapan: Junior Eldstål (Sarawak FA)
Persatuan Bolasepak Terbaik: Terengganu FA
Kelab Terbaik: KL Sime Darby FC
Kelab Penyokong Terbaik: Kelantan
Pengadil Terbaik : Nagor Amir Noor Mohamed
Penolong Pengadil Terbaik : Mohd Sabri Md Daud
Anugerah Fairplay : PDRM
Anugerah Khas:
i. Datuk Seri Paul Mony Samuel
ii. Datuk Dell Akbar Khan
iii. Datuk Seri Dr Ibrahim Saad
iv. Datuk Azzuddin Ahmad

Gambar Oleh jeffrizal Abu Jaapar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*