Home / Bola Sepak / Hamidin undur diri jika Malaysia tersasar ke Piala Asia 2023

Hamidin undur diri jika Malaysia tersasar ke Piala Asia 2023

Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin meletakkan sasaran untuk Malaysia layak ke Piala Asia 2023.

Tambahnya beliau sentiasa meletakkan sasaran tinggi untuk skuad negara dan akan meletak jawatan sekiranya sasaran itu gagal dicapai.

Mengulas lanjut, Hamidin berkata, misi FAM jelas dan tidak mahu teragak-agak atau kurang yakin dengan kemampuan pasukan, yang penting pemain kebangsaan dan barisan jurulatih perlu berusaha lebih keras.

“Matlamat dan misi FAM jelas iaitu layak ke Piala Asia, bukannya mustahil cuma apa boleh saya katakan adalah perlu lebih berusaha keras.

Katanya, kudrat dan keringatnya termasuk memikul tanggungjawab sebagai Naib Presiden Persekutuan Bolasepak Asia Tenggara (AFF) adalah demi memudahkan pembangunan pasukan negara terutama membabitkan hubungan antarabangsa.

Malaysia hanya tiga kali beraksi dalam Piala Asia iaitu pada 1976, 1980 dan sebagai tuan rumah bersama pada 2007.