Home / Lain - Lain / Hafizh Syahrin uji jentera baru di Sepang

Hafizh Syahrin uji jentera baru di Sepang

Aksi pelumba negara Hafizh Syahrin Abdullah ketika mewakili Petronas Raceline Malaysia pada tahun 2015. Musim 2019 bakal menyaksikan beliau bersama pasukan baru iaitu KTM Racing Team.

Pelumba MotoGP Hafizh Syahrin Abdullah akan memulakan ujian pra-musim di Litar Antarabangsa Sepang hari ini dengan jentera barunya KTM RC16.

Beliau berkata masih lagi menghadapi beberapa isu untuk mengawal jentera ketika keluar dari selekoh dan percaya masalah itu dapat diselesaikan di Sepang.

Kalendar MotoGP bagi tahun 2019 bakal bermula dengan Grand Prix di Qatar pada 8-10 Mac 2019. MotoGP Malaysia bakal berlangsung pada 1-3 November 2019