Home / Lain - Lain / Hafizh sedia sahut cabaran Shell MotoGP Malaysia 2019

Hafizh sedia sahut cabaran Shell MotoGP Malaysia 2019

Kehangatan perlumbaan MotoGP Grand Prix Malaysia 2019 bermula jumaat hingga ahad ini kian terasa apatah lagi kepada pelumba negara Hafizh Syahrin yang pernah mewarnai saingan MotoGP di Malaysia tahun lalu.

Beliau mengakui saingan kali ini bukanlah mudah namun akan cuba sedaya upaya untuk memberikan yang terbaik buat peminat sukan permotoran tanahair.

Hafizh yang menduduki tempat ke-15 pada GP Australia baru-baru ini tetap melihat pencapaian itu sebagai pembakar semangat untuk menempuh saingan di Litar Antrabangsa Sepang (SIC) ini.

Turut mengakui mempunyai kelebihan beraksi di litar sendiri, Hafizh tidak mahu terlalu yakin memandangkan pengalaman yang dimiliki pelumba-pelumba yang turut menyertai perlumbaan ini jauh lebih besar berbandingnya.

Namun Hafizh yang mendapat tempat ke-10 pada saingan GP Malaysia tahun lalu tetap akan cuba memberikan cabaran sengit kepada pesaing-pesaing.

Dalam pada itu musim tengkujuh yang mula melanda menimbulkan kebimbangan Ketua Pegawai Eksekutif SIC Datuk Razlan Razali.

Beliau mengakui hujan lebat kebelakangan ini menimbulkan kesukaran buat penganjur untuk melakukan persiapan namun pihaknya akan sentiasa bersedia untuk sebarang kemungkinan termasuk perubahan akhir dalam jadual perlumbaan nanti.

Sebagaimana perlumbaan akhir tahun lepas yang terpaksa dilangsungkan awal berikutan hujan lebat.