Home / Bola Sepak / HADI FAYYADH DI PILIH SEBAGAI DUTA PELANCONGAN KESIHATAN OKAYAMA

HADI FAYYADH DI PILIH SEBAGAI DUTA PELANCONGAN KESIHATAN OKAYAMA

Sumber : Sportflex Malaysia

Pemain Malaysia yang beraksi di Liga Profesional Jepun 2, Hadi Fayadh Abdul Razak mencatatkan sejarah baru apabila di lantik sebagai Duta Pelancongan Kesihatan Okayama oleh Datuk Bandar Okayama melalui kenyataan media yang di keluarkan oleh kelabnya, Fagiano Okayama lewat petang semalam. Beliau yang telah 2 tahun berada di Jepun sejak mengikat kontrak bersama Kelab Fagiano Okayama pada Disember 2018.

Perlantikannya ini merupakan satu kebanggaan buat negara memandangkan beliau merupakan pemain bola Malaysia yang pertama mendapat pengiktirafan itu. Perlantikkan ini juga merupakan satu program kerjasama antara Bandar Okayama, Bandar Maniwa, Bandar Kibi-Chuo serta kelab Fagiano Okayama bertujuan untuk memperkekenalkan tempat-tempat menarik di sekitar Okayama yang mesra kepada pengunjung Muslim dari Malaysia.

Sementara itu, Hadi Fayyadh jelas gembira dengan perlantikannya itu dan menyifatkannya sebagai satu penghormatan buat negara. Sebelum ini beliau juga merupakan Duta produk Minuman Probiotik terkemuka dunia, Yakult di Malaysia sejak tahun 2018.

Beliau juga turut melahirkan rasa syukur kerana telah dapat kembali berlatih dan terlibat dengan beberapa perlawanan persahabatan sebelum pembukaan semula liga professional Jepun pada 27hb Jun akan datang.

“Saya merasa gembira dengan perlantikkan saya ini dan merasakan ini merupakan satu penghormatan kepada dunia sukan di Malaysia. Memasuki tahun kedua saya di sini saya merasakan bahawa bandar Okayama ini semakin mesra kepada pengunjung Muslim khususnya dari Malaysia kerana semakin banyak tempat-tempat serta kedai makan yang mesra muslim di buka. Ini menjadikan kehidupan saya di sini semakin selesa.”

“ Saya berharap akan lebih ramai pelancong dari Malaysi melawat bandar ini selepas pendemik Covid 19 ini berakhir nanti untuk merasai keunikkan makanan mereka yang halal untuk di makan, pemandangan yang cantik serta keunikkan budaya mereka yang menarik untuk kita kaji”

“Saya juga merasa gembira kerana telah memulakan sesi latihan saya Bersama pasukan Fagiano Okayama serta telah menghadapi beberapa perlawanan persahabatan sebelum bermulanya liga yang akan di sambung semula pada 27 Jun 2020 nanti”.