Home / Bola Sepak / HADI FAYYAD RAPATKAN HUBUNGAN ANTARA JEPUN DAN MALAYSIA

HADI FAYYAD RAPATKAN HUBUNGAN ANTARA JEPUN DAN MALAYSIA

Foto : Sportflex Malaysia

Kejayaan penyerang skuad B23 kebangsaan Hadi Fayyad Abd Razak menyambung kontrak bersama kelab Fagiano Okayama bukan sahaja membanggakan bola sepak tempatan malahan juga dianggap pencapaian besar oleh duta Jepun ke Malaysia Hiroshi Oka.

Hiroshi Oka menjelaskan pasti ada keistimewaan tersendiri pemain berusia 20 tahun itu menyebabkan Okayama mahu mengekalkannya.

Bagi Hiroshi Oka adalah menjadi kebanggaan bilamana negaranya Jepun menjadi destinasi Hadi untuk mengembangkan karier bola sepaknya.

Dia memberi jaminan Jepun sebagai sebagai salah satu negara kuasa besar bola sepak Asia dan dunia sudah tentu akan memberikan pengalaman yang cukup bukan sahaja kepada Hadi sahaja tetapi juga kepada pemain-pemain Malaysia lain yang ada merancang untuk beraksi ke sana.

“Hadi adalah penghubung jambatan antara Jepun dan Malaysia dan kehadirannya ke Jepun amat penting bukan hanya sebagai pemain bola sepak profesional tetapi juga akar umbi badan korporat antara Jepun dan Malaysia”, ujar Hiroshi Oka.

Hadi menyambung kontraknya bersama kelab divisyen dua Fagiano Okayama untuk tahun kedua sehingga penghujung 2020.

Sasaran utama Hadi dia mahu terpilih untuk beraksi bersama kesebelasan utama selain membantu kelabnya untuk naik ke divisyen utama Liga-J tahun 2021.