Home / Golf / WAITGC2015: Green & Gold terbang tinggi di Langkawi

WAITGC2015: Green & Gold terbang tinggi di Langkawi

Pasukan Green & Gold Juara Pusingan Ke-3 Kejohanan Golf Amatur Berpasukan Dunia (WAITGC) 2015.

Pasukan Green & Gold Juara Pusingan Ke-3 Kejohanan Golf Amatur Berpasukan Dunia (WAITGC) 2015.

Langkawi 15 Jun 2015 : Usia ternyata bukan penghalang untuk pasukan Green & Gold dari Australia apabila mereka berjaya membuktikan kehebatan mereka untuk muncul Juara Pusingan Ke-3, Kejohanan Golf Amatur Berpasukan Dunia, ‘World Amateur Inter-Team Golf Championship’ (WAITGC) 2015 yang diadakan pada 8-11 Jun 2015 yang lalu di Pulau Langkawi, Kedah.

Pasukan yang diwakili oleh Greg Ellis, Brad Germon, Michael Prindiville dan Paul Matthew ternyata unggul dan tiada tandingan apabila melakukan 231, 225, 231, 221 dengan jumlah keseluruhan 908pukulan jauh meninggalkan pesaing mereka, pasukan Kabak-Kabak Putting dari negara Brunei Darussalam di tempat kedua yang mengumpul 949pukulan, 39pukulan di belakang.

Walaupun matlamat asal pasukan Green & Gold sekadar ingin menyertai kejohanan untuk menerokai dan melihat dengan lebih dekat keindahan Pulau Langkawi, namun menurut Greg Ellis yang bertindak selaku ketua pasukan, mereka mula mengatur strategi di hari kedua kejohanan apabila melihat kesemua pemain mereka berjaya melakukan permainan yang baik di hari pertama.

‘Lapangan golf disini sangat cantik, kami teruja dengan keindahan dan rekabentuknya. Mungkin disebabkan itu kami berjaya bermain dengan baik disini,’ kata Gregg ketika ditemui selepas majlis penyampaian hadiah.

Gregg Ellis juga memenangi kategori individu apabila beliau mencatatkan 77, 74, 76, 72 pukulan untuk jumlah keseluruhan 299pukulan.

Tempat Kedua Pasukan Kabak-Lanak Putting dari Brunei Darussalam

Tempat Kedua Pasukan Kabak-Lanak Putting dari Brunei Darussalam

Sementara itu pasukan Kabak-Kabak Putting dari Brunei Darussalam yang diwakili oleh Sulhilmi Hj Rosli, Khairol Bakar, Ruddy Yussof dan Pengeran Ahmad Zaki Pengeran Jambol, berpuas hati apabila berjaya mendapat tempat kedua. Ketua Pasukan Kabak-Kabak Putting, Pengeran Ahmad Zaki percaya kejayaan meraih tempat kedua pada pusingan kali ini meneruskan lagi dominasi pasukan-pasukan dari Brunei di kejohanan tahun ini.

‘Kami yakin lebih ramai lagi pasukan yang akan mencemburui pasukan-pasukan dari Brunei selepas ini. Apa yang pasti, pasukan-pasukan dari Brunei akan terus memberi saingan dan merebut tempat ke pusingan akhir’, – ujar beliau.

Bagi kategori Stableford, pasukan Maybank dari Malaysia yang diwakili oleh Aedy Azmani Hj Azahari, Hj Nordin Ahmad, Muhammad Zulehram dan Mahdini Hj Rosman muncul juara apabila mencatatkan 442 mata sementara pasukan Kabak-Kabak Manz dari Brunei di tempat kedua.

Juara kategori Stableford - Maybank dari Malaysia

Juara kategori Stableford – Maybank dari Malaysia

Pusingan ke-3 Kejohanan Golf Amatur Berpasukan Dunia (WAITGC) kali ini diadakan di Kelab Golf Gunung Raya dan The Els Club Datai Langkawi. Kejohanan pada tahun ini diadakan sebanyak 5 pusingan sebelum 5 pasukan terbaik dari 5 pusingan yang berlangsung di Johor, Sabah, Langkawi, Kuala Lumpur dan Melaka, bertemu sekali lagi di Pusingan Akhir yang akan diadakan pada 17-19 November 2015 di Kelab Golf Sg.Long dan Kelab Golf The Mines.

Pusingan ke-4 WAITGC – Kuala Lumpur, selepas ini dijadual berlangsung di Kelab Golf Kota Permai dan Kelab Golf Impian pada 10 hingga 13 Ogos 2015.

Keputusan Penuh:

Kategori Gross 

Juara : Green & Gold / Australia   – 908 pukulan

Naib Juara : Kabak-Kabak Putting / Brunei Darussalam   – 949pukulan

Ketiga : India1 / India  – 967pukulan

 

Kategori Stableford

Juara : Pasukan Maybank / Malaysia  – 442 mata

Naib Juara : Kabak-Kabak Manz / Brunei Darussalam  – 453 mata

 

Individu Terbaik : Greg Ellis / Green & Gold / Australia  – 299pukulan

Individu Terbaik Stableford : Muhammad Zulehram / Kabak-kabak Manz / Brunei Darussalam  – 160 mata

 

Kategori Novelti :

Longest Drive : Alex Fraser / 4PLAY / Australia  – 243meter

Nearest to the Pin : Alex Fraser / 4PLAY / Australia  – 2kaki

Nearest to line : Jan Meiltenburg / NED / Netherlands  – 4kaki

 

 

Leave a Reply