Home / Badminton / Goh V Shem / Tan Wee Keong merangkul Kejuaraan Badminton Terbuka Taiwan 2019

Goh V Shem / Tan Wee Keong merangkul Kejuaraan Badminton Terbuka Taiwan 2019

Pasangan beregu negara Goh V Shem / Tan Wee Keong merangkul Kejuaraan Badminton Terbuka Taiwan 2019 selepas mengharungi aksi final yang penuh dengan drama dan mendebarkan .

Goh V Shem / Tan Wee Keong akhirnya muncul juara selepas bangkit menewaskan pasangan dari Korea Selatan Choi Solgyu / Seo Seung Jae dalam aksi tiga set.

Beraksi selaku pilihan keempat kejohanan Goh V Shem dan Tan Wee Keong tetap diberikan saingan dari Choi Solgyu / Seo Seung Jae yang turun sebagai pasangan bukan pilihan.

Menang set pertama 21-19 Goh V Shem dan Tan Wee Keong bagaimanapun tewas 15-21 di set kedua sebelum bangkit melakar kemenangan dramatik pada set ketiga dengan kemenangan 23-21.

Aksi final yang berdurasi 1 jam 2 minit itu sememangnya layak dimenangi oleh pasangan ke 15 dunia itu selepas kali terakhir memenangi gelaran juara di Masters Thailand Januari lalu.