Home / Lain - Lain / Giliran Beregu Lelaki rangkul emas Kejohanan Bowling Dunia 2018

Giliran Beregu Lelaki rangkul emas Kejohanan Bowling Dunia 2018

Adrian Ang dan Tun Ameerul Hakim Tun Hasnul Azam. Gambar sumber Zayan.my

HONG KONG, 5 DISEMBER 2018:Pasangan beregu lelaki, Adrian Ang dan Tun Ameerul Hakim Tun Hasnul Azam berjaya meraih pingat emas dalam acara beregu lelaki pada Kejohanan Bowling Dunia 2018 di Hong Kong.

Mereka menewaskan pesaing Amerika Syarikat EJ Tackett-Andrew Anderson dengan mencatat 433-370 jatuhan pin pada penentuan final.

Amerika Syarikat adalah juara bertahan bagi acara itu tahun lalu di Las Vegas menerusi gandingan Chris Barnes-Tommy Jones.

Pencapaian terbaik Malaysia dalam acara itu sebelum ini adalah menerusi Alex Liew-Muhamad Aiman yang meraih perak pada tahun 2010 di Munich, Jerman.

Kejayaan ini merupakan emas kedua buat Malaysia selepas Rafiq Ismail menamatkan kemarau 39 tahun apabila berjaya membawa pulang pingat emas dalam acara perseorangan lelaki