Home / Lain - Lain / Genever tinggalkan SRAM

Genever tinggalkan SRAM

KUALA LUMPUR: Teka teki mengenai hala tuju ketua jurulatih skuasy negara, Peter Genever terjawab apabila beliau sah akan meninggalkan jawatannya selepas lebih tujuh tahun berkhidmat bersama Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM).

Pengarah Kejurulatihan SRAM, Mejar (B) S Maniam yang mengumumkan keputusan itu berkata, ketika ini, Genever akan terus berkhidmat sehinggalah 28 Februari ini.

“Peter sudah bersama SRAM lebih tujuh tahun dan sepanjang tempoh itu, beliau berkhidmat dengan penuh profesional.

Antara pemain muda yang telah dibentukkan sepanjang bersama SRAM adalah seperti Ng Eain Yow dan Rachel Arnold.

Bekas pemain negara, Ong Beng Hee antara nama yang disebut-sebut bakal mengambil alih tempat beliau.