Home / Golf / Gavin Green curi tumpuan jelajah

Gavin Green curi tumpuan jelajah

Pemain golf profesional negara Gavin Green mencuri tumpuan jelajah eropah apabila muncul pendahulu pusingan kedua kejohanan golf Crans-sur-Sierre di Crans Montana Switzerland

Pemain berusia 25 tahun itu mencatat 64 pukulan 11 bawah par keseluruhan selepas bermula baik pada hari pertama dengan 65 pukulan.

Gavin dicabar dibelakang dengan tiga pemain utama eropah termasuk pemain nombor dua dunia Rory Mcllroy yang mengumpul 130 pukulan.

Kehadiran bintang-bintang tersohor seperti Mcllroy nyata tidak menggugat semangat anak muda Malaysia ini untuk memberi saingan dalam kejohanan eropah yang menawarkan hadiah kemenangan hampir RM12j.