Home / Bola Sepak / GANDINGAN SAFAWI-WAN HAKIM WAKILI NEGARA KE FIFA E-NATION STAY & PLAY CUP

GANDINGAN SAFAWI-WAN HAKIM WAKILI NEGARA KE FIFA E-NATION STAY & PLAY CUP

Pemain sensasi bola sepak kebangsaan Safawi Rasid dipilih Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk bergandingan bersama pemenang Malaysia National E-Challenge Wan Mohd Hakim Wan Harizan mewakili negara dalam kejohanan FIFA E-Nation Stay & Play Cup yang akan bermula esok.

Safawi menjelaskan dia berlatih seharian hari ini bagi memberikan saingan sengit buat peserta dari negara lain.

Kejohanan sukan elektronik bertaraf antarabangsa itu dijadualkan bermula esok sehingga 25 April ini.

Safawi dan Wan Mohd Hakim diundi dalam kumpulan A bersama wakil Jepun dan Taiwan sementara kumpulan B akan dibarisi wakil dari Singapura, Australia dan New Zealand.

Wan Mohd Hakim dipilih untuk bergandingan bersama Safawi selepas muncul juara Malaysia E-Challenge pada 17 April lalu.

Kejohanan berkenaan dianjurkan oleh FAM dengan kerjasama Persatuan ESport Kuala Lumpur (ESKL) dan GamesBorn.