Home / Lain - Lain / Gandingan Nur Dhabitah- Syafiq mampu raih pingat

Gandingan Nur Dhabitah- Syafiq mampu raih pingat

Gandingan Nur Dhabitah Sabri dan Muhammad Syafiq Puteh dalam acara 3 meter papan anjal seirama campuran dilihat mampu raih pingat pada
Kejohanan Terjun Dunia FINA 2019 di Gwangju, Korea Selatan Julai ini.

Jurulatih terjun negara Christian Brooker berkata ia berdasarkan prestasi mereka pada saingan Siri Dunia Terjun FINA 2019 di Sagamihara, Jepun Jepun baru-baru ini yang menyaksikan gandingan tersebut mencipta rekod kebangsaan dengan 304.80 mata.

Dhabitah-Syafiq bakal berdepan saingan hebat dari China, Australia, Kanada, Great Britain, Russia dan Jerman pada kejohanan itu nanti dan perlu berusaha menamatkan keseluruhan terjunan kira-kira 330 mata untuk mengejar kedudukan pingat.

“Ini petanda baik dan menunjukkan pasukan ini bertambah baik. Selalunya rekod kebangsaan ini dicipta pada kejohanan utama ketika atlet berada di prestasi kemuncak. Tetapi kali ini ia dicipta di kejohanan kecil dengan persiapan yang singkat.

“Jadi saya ingin lihat gandingan ini merebut pingat pada Kejohanan Dunia FINA 2019 di Gwangju, Korea Selatan,” kata jurulatih negara, Christian Brooker.