Home / Golf / Gamuda Land Clubs raih 6 Anugerah berprestij !

Gamuda Land Clubs raih 6 Anugerah berprestij !

Gamuda Land Club Group General Manager Mr Tang Meng Loon - 1st Runner up of Best Course in Malaysia (Kota Permai GCC) & 2nd Runner up of Best Course in Malaysia (Horizon Hills GCC)

Pengurus Besar Kumpulan Gamuda Land Clubs, Encik Tang Meng Loon menerima anugerah tempat kedua “Best Course in Malaysia”.

KUALA LUMPUR, 22 October 2015 : Gamuda Land Clubs, meneruskan legasi kejayaan mereka apabila meraih 6 gelaran berprestij di Malam Anugerah Golf Asian 2015 menerusi 2 buah kelab golf dibawah pengurusan mereka iaitu Kelab Golf Kota Permai dan Kelab Golf Horizon Hills.
Kelab Golf Kota Permai mendahului senarai penerima anugerah apabila meraih tempat kedua untuk kategori “Best Course in Malaysia” dan juga disenaraikan sebagai “Top 10 Best Managed Golf Club in Asia Pacific”. Manakala Kelab Golf Horizon Hill meraih tempat ketiga bagi kategori “Best Course in Malaysia” dan juga disenaraikan sebagai “Top 10 Best Locker Room in Asia Pacific” dalam majlis penganugerahan penuh gemilang yang diadakan di Kelab Golf Orchid, Singapore bersempena dengan Persidangan Golf Asian yang berlangsung dari 14 hingga 15 October yang lalu.

Pengurusan dan kakitangan Gamuda Land Clubs terus mendominasi senarai penerima anugerah apabila, Cik Kong Ai Lin dari Kelab Golf Kota Permai & Kelab Golf Horizon Hills menerima anugerah “Best Marketing Communications Manager of The Year”, manakala Cik Kamisah Icha dari Kelab Golf Horizon Hills dianugerahkan “Best F&B Manager of The Year”. Encik Ong Seng Kiat dari Kelab Golf Horizon Hills pula meraih tempat kedua bagi kategori “Best Golf Course Superintendent of The Year” dan Encik Mohd Yusri dari Kelab Golf Horizon Hills memenangi tempat ketiga bagi kategori “Best Golf Manager of The Year”
Pengurus Kumpulan, Gamuda Land Clubs, Encik Tang Meng Loon ketika ditemui melahirkan rasa bangga dengan pencapaian dan penganugerahan yang diterima oleh dua buah kelab di bawah pengurusannya. “Kami amat berbangga apabila disenaraikan sebagai 3 kelab golf terbaik di Malam Anugerah Golf Asian 2015. Anugerah ini amat berprestij apatah lagi ianya dianggap sebagai ‘Anugerah Oscar’ dalam industri sukan golf di Asia. Kami akan terus komited untuk memberi yang terbaik dan akan meningkat-gandakan usaha kami untuk terus menjadi yang terbaik’-ujar Encik Tang.

Gamuda Land Club (Kota Permai and Horizon Hills GCC) Marketing Communications Manager Ms. Kong Ai Lin - Best Marketing Communications Manager of The Year

Cik Kong Ai Lin “Best Marketing Communications Manager of The Year”

 

Horizon Hills GCC Club Manager Mr. Ong Seng Kiat - 2nd runner up of Best Golf Course Superintendent of The Year

Encik Ong Seng Kiat – tempat kedua “Best Golf Course Superintendent of The Year”

 

Horizon Hills GCC Head of Golf En. Mohd Yusri - 2nd runner up of Best Golf Manager of The Year

En. Mohd Yusri – tempat ketiga “Best Golf Manager of The Year”

 

Horizon Hills GCC F&B Manager Ms. Kamisah Icha - Best F&B Manager of The Year

Cik. Kamisah Icha – “Best F&B Manager of The Year”

 

Dari meja Editor Sukan Malaysia, TAHNIAH buat pengurusan dan kakitangan Gamuda Land Clubs !

Berita lanjut boleh didapati dengan melayari http://www.asiangolfawards.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*