Home / Bola Sepak / Futsal Wanita Tewaskan Hong Kong

Futsal Wanita Tewaskan Hong Kong

Skuad futsal wanita negara yang kini sedang bersaing dalam Kejohanan AFC Futsal Wanita 2015 di Stadium Tertutup Nilai berjaya layak ke separuh akhir apabila menewaskan Hong Kong pada perlawanan kedua dengan keputusan 4-1.Malaysia yang dikejutkan dengan gol awal pelawat kembali bangkit dengan menjaringkan 4 gol yang salah satunya menerusi gol sendiri dari pemain Hong Kong manakala Fatin Shahida Azmi dan Farahiyah Ridzuan (2 gol) melengkapkan hari ceria buat skuad negara.

_SHA4492

Perlawanan esok adalah bagi menentukan juara kumpulan B diantara Malaysia dan Iran yang akan bertemu jam 7.00 malam untuk melengkapkan jadual perlawanan bagi menentukan pasukan mana yang akan ditemui kedua-dua pasukan di saingan separuh akhir.

_SHA4377

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*