Home / Bola Sepak / FMLLP mahu tindakan lebih tegas !

FMLLP mahu tindakan lebih tegas !

ceo_620_413_100

Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP, Kevin Ramalingam

KUALA LUMPUR, 7 Ogos 2016, Ahad – Football Malaysia LLP (FMLLP) memandang serius dan mengutuk sekeras-kerasnya insiden keganasan yang berlaku selepas perlawanan Liga Super di antara pasukan Perak menentang JDT di Stadium Perak, Ipoh, malam tadi.

FMLLP akan menunggu laporan penuh daripada Komisioner Perlawanan dan Persatuan Bolasepak Negeri Perak (PAFA) berhubung perkara ini. FMLLP memohon kepada warga bolasepak Malaysia untuk berkongsi dengan kami atau pihak berkuasa sebarang bukti keganasan bolasepak bagi memudahkan pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Keselamatan FAM mengambil tindakan lanjut.

Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP, Kevin Ramalingam berkata, “Sejak insiden keganasan di Stadium Selayang tempohari, FMLLP telah mencuba pelbagai cara untuk mendapatkan kerjasama dari pihak-pihak yang terlibat termasuk dari pihak berkuasa dan berharap pihak berkenaan dapat mengambil tindakan yang tegas terhadap pelaku keganasan ini.” “Selama ini Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) selalu mengingatkan FMLLP bahawa mereka mahu terlibat secara langsung di dalam bahagian integriti dan keselamatan. Jadi, kami berharap bahawa Jawatankuasa Keselamatan FAM akan membantu untuk memastikan perkara sebegini tidak berulang dalam Liga Malaysia,” tambah Kevin.

FMLLP juga menerima laporan bahawa seorang petugas media diserang dan kamera telah dicuri. Segala maklumat dan rakaman video yang diterima akan dimajukan ke pihak berkuasa dan mengesyorkan supaya tindakan mesti diambil kepada mereka yang bersalah. Walaubagaimanapun, FMLLP berharap petugas media mengambil langkah keselamatan yang sewajarnya bagi mengelak sebarang kecelakaan menimpa. FMLLP juga akan mengkaji serta memperkemaskan protokol keselamatan media dan berharap ianya akan diikuti oleh petugas media di masa hadapan.