Home / Golf / “FIRE SUPPORT” Teruskan Penguasaan Australia

“FIRE SUPPORT” Teruskan Penguasaan Australia

Pasukan Fire Support yang dianggotai Jamie Pitt, Jim Ellison, Geoff Skinner dan Brad Ward muncul juara di pusingan kelayakkan Kejohanan Golf Amatur Berpasukan Dunia 2015. Gambar oleh WAITGC

Pasukan Fire Support yang dianggotai Jamie Pitt, Jim Ellison, Geoff Skinner dan Brad Ward muncul juara di pusingan kelayakkan Kejohanan Golf Amatur Berpasukan Dunia 2015. Gambar oleh WAITGC

KUALA LUMPUR 20 Ogos 2015: Pasukan Fire Support muncul pasukan ketiga dari Australia muncul juara di pusingan kelayakkan Kejohanan Golf Amatur Berpasukan Dunia 2015 apabila menguasai pusingan ke 4 yang berlangsung di Kelab Golf Impian dan Kota Permai GCC dari 10 hingga 13 Ogos lalu.

Fire Support yang dianggotai Jamie Pitt (hc1), Jim Ellison (hc3), Geoff Skinner (hc5) dan Brad Ward (hc5) mendahului kejohanan sejak hari pertama dengan 239 pukulan gagal dicabar pasukan-pasukan lain. Gandingan 4 pemain itu mencatat 243, 236 dan 251 pukulan pada baki saingan untuk muncul juara dengan 971 pukulan keseluruhan.

“Kami bermain dengan baik pada 3 hari pertama, dan kelebihan itu meleraikan tekanan untuk kami pada hari terakhir. Meskipun pasukan-pasukan lain cuba mengejar, kelebihan yang besar nyata memudahkan usaha kami untuk muncul juara kali ini,” kata ketua pasukan Fire Support, Jamie Pitt selepas kejayaan bergaya pasukannya itu.

Fire Support muncul pasukan ketiga dari Australia yang menjuarai kategori gross di pusingan kelayakkan WAITGC 2015 ini selepas pasukan dari negara kangaroo itu muncul juara di Sabah dan Langkawi.

Tempat kedua di pusingan kelayakkan ke 4 ini menjadi milik satu lagi pasukan dari Australia iaitu Dads Army yang menghimpun 979 pukulan manakala pasukan Babal dari Brunei terpaksa berpuas hati di tempat ketiga dengan 987 pukulan. Ketiga-tiga pasukan ini bagaimanapun layak beraksi di pusingan akhir WAITGC yang akan berlangsung di The Mines dan Sg Long GCC.

Pasukan Roba X dari Malaysia Juara Kategori Nett

Pasukan Roba X dari Malaysia Juara Kategori Nett

Sementara itu, pasukan tempatan, Roba X menguasai kategori nett dengan mengumpul 455 mata untuk muncul juara menewaskan Dragon Boys dengan kelebihan handicap meskipun pasukan dari negara matahari terbit itu turut mengumpul mata yang sama. Kedua-dua pasukan turut mara ke pusingan akhir.

Pusingan kelayakkan kali ini turut mencatat sejarah tersendiri apabila Ian Crossley dari pasukan Arundel Beavers Australia berjaya melakukan pukulan hole in one pada lubang ke 7 di Impian GCC, sekaligus menjadi pemain kedua dalam tempoh 10 tahun melakukannya di kejohanan ini. Kejayaan tersebut membolehkan Ian Crossley memenangi tiket penerbangan kelas bisnes tajaan Fly Emirates untuk dua orang.

Ian Crossley dari pasukan Arundel Beavers Australia memenangi  hadiah tiket penerbangan kelas bisnes dari Fly Emirates untuk 2 orang apabila berjaya melakukan pukulan hole in one di lubang 7, Kelab Golf Impian Kajang.

Ian Crossley dari pasukan Arundel Beavers Australia memenangi hadiah tiket penerbangan kelas bisnes dari Fly Emirates untuk 2 orang apabila berjaya melakukan pukulan hole in one di lubang 7, Kelab Golf Impian Kajang.

Pusingan kelayakkan terakhir WAITGC 2015 akan berlangsung di Melaka September ini bagi melengkapkan senarai pasukan-pasukan yang akan beraksi di grand final hujung tahun nanti.

Leave a Reply