Home / Bola Sepak / #finalpialaFA – Tiket RM5 untuk kanak-kanak, FMLLP akur arahan Exco FAM

#finalpialaFA – Tiket RM5 untuk kanak-kanak, FMLLP akur arahan Exco FAM

Untitled-13

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Seri Afandi Hamzah dan Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP Kevin Ramalingam.

KELANA JAYA, 9 Mei 2016 : Kerjasama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) akur dengan arahan yang diputuskan dalam mesyuarat Exco FAM untuk mengeluarkan 2,000 tiket kanak-kanak bernilai RM5 bagi aksi final Piala FA, Sabtu ini. Perkara itu diumumkan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Seri Afandi Hamzah selepas mesyuarat Exco yang turut disertai Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP Kevin Ramalingam sebentar tadi.

Bagaimanapun, harga tiket RM50 tetap dikekalkan oleh FMLLP. “Pada mesyuarat tadi, kami mengarahkan FMLLP untuk mengeluarkan tiket kanak-kanak dan mereka akur dengan keputusan yang dibuat” ujar Datuk Seri Afandi.

FMLLP yang sebelum ini melalui kenyataan media, menegaskan bahawa mereka akan mengatur program bagi membolehkan 1000 orang kanak-kanak turut sama merasai kehangatan aksi perlawanan akhir Piala FA itu nanti. Namun kenyataan media yang dikeluarkan ternyata mengundang pelbagai reaksi dan kemarahan nitizen termasuk Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang menasihatkan agar FMLLP dan Exco FAM mengkaji semula harga tiket perlawanan akhir Piala FA.

Difahamkan tiket kanak-kanak akan mula dijual mulai pagi esok di Stadium Shah Alam.