Home / Bola Sepak / FIFA SAMAN FAM

FIFA SAMAN FAM

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan membuat rayuan berkenaan denda sebanyak 50000 Swiss Franc atau RM209992 yang dikenakan oleh Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) keatas badan induk bola sepak negara itu.

Ini susulan kejadian kekecohan penonton sewaktu aksi kelayakan Piala Dunia 2022 diantara Malaysia dan Indonesia di Stadium Bukit Jalil pada 19 November lalu.

Setiausaha Agung FAM Stuart Ramalingam memaklumkan badan induk berkenaan telah menerima sepucuk surat denda yang dikenakan FIFA minggu lalu.

FAM telah menghantar surat maklumbalas kepada FIFA untuk memperincikan jenis kesalahan berkenaan.

Perlawanan antara Malaysia dan Indonesia pada November lalu dicemari dengan insiden pembakaran suar dan berbalas botol air diantara kedua-dua penyokong.

Menyaksikan 41 penyokong termasuk 14 penyokong Indonesia ditahan pihak polis selepas perlawanan berkenaan tamat yang menyaksikan Malaysia menang 2-0 pada perlawanan berkenaan.

FIFA mendapati FAM bersalah dibawah artikel 16 dan 26 Kod Tatatertib FIFA sebanyak tiga kali.

Dua amaran telah dikeluarkan sebelum ini sewaktu aksi kekecohan penuh sewaktu aksi kelayakan Piala Dunia 2022 / Piala Asia 2023 diantara Malaysia menentang UAE pada 10 September 2019 selain kegagalan Tan Cheng Hoe menghadiri sidang media pasca perlawanan di Hanoi pada 10 October 2019.