Home / Badminton / Fazriq idam jejak Chong Wei

Fazriq idam jejak Chong Wei

Anak kepada lagenda badminton negara Datuk Razif Sidek, Muhammad Fazriq meraih gelaran berganda apabila menjuarai acara perseorangan dan beregu lelaki Bawah 16 tahun pada Kejohanan Badminton Sirkit Remaja Kebangsaan.

” Saya berasa sangat bangga dengan prestasi saya dan kejayaan ini membuatkan saya lebih bersemangat dan dapat mempersiapkan diri untuk beraksi di Kejohanan Remaja Asia di China”, ujar Fazriq.

Dalam pada itu, jurulatih skuad Bawah 15 tahun negara Hafiz Hashim menganggap kejayan Haziq sebagai permulaan yang baik untuk kerjayanya.

Pemain muda itu menjadi sebutan antara bintang muda yang bakal menggantikan legenda badminton negara, Chong Wei, setelah merangkul kejuaraan kesembilannya di peringkat remaja di Kejohanan Jemputan Shonai Bawah 15 Tahun, selepas menumpaskan Alex Lenier, 21-16, 21-10 pada final di Jepun, 30 Jun lepas.