Home / Lain - Lain / FARKHAN HARON TEKAD MEMPERTAHANKAN KEJUARAAN DUNIA (WBC) DAN ASIA (WBA)

FARKHAN HARON TEKAD MEMPERTAHANKAN KEJUARAAN DUNIA (WBC) DAN ASIA (WBA)

Peninju negara Farkhan Haron akan bertarung bagi mempertahankan kejuaraan dunia (WBC) dan gelaran juara Asia (WBA) dalam Kejuaraan Tinju Antarabangsa Johor (JIBC) yang akan berlangsung pada 29 Disember ini.

Bukan itu saja, Farkhan akan cuba merebut peluang meraih gelaran juara benua buat kali pertama.

Kejuaraan tinju JIBC ini turut disertai peninju dari Malaysia, Indonesia, Thailand, Rusia dan Tanzania.

Kejuaraan dwi-tahunan dengan kerjasama kerajaan negeri Johor dan Persatuan Tinju Johor ini akan diadakan di Persada International Convention Centre Johor Bahru.

Farhan akan bertarung dalam perlawanan utama menentang juara tinju Afrika Pascal Domba bagi merebut kejuaraan benua.

Bagi merebut kejuaraan Asia (IBA) pula peninju negara S.Warenmurali akan menentang peninju Indonesia Harry Adrianto.

Kejuaraan ini juga merupakan salah satu agenda dalam rangka mempromosi SUKMA Johor yang akan berlangsung tahun depan.