Home / Bola Sepak / FAM umum 25 pemain skuad bola sepak B-22 kebangsaan

FAM umum 25 pemain skuad bola sepak B-22 kebangsaan

Berikut senarai nama 25 pemain dipilih ketua jurulatih skuad bola sepak B-22 kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee untuk menghadiri kem latihan pusat di Wisma FAM, Kelana Jaya bermula 9 Januari 2019.

Ia sebagai persiapan untuk menghadapi Kelayakan Kejuaraan B-23 AFC 2020 yang dijadualkan berlangsung dari 22 hingga 26 Mac 2019 nanti di Kuala Lumpur.

Skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee itu akan berlepas ke Bangkok, Thailand pada 13 Januari 2019 untuk kem latihan pusat dan perlawanan persahabatan di sana selama enam hari sebelum pulang ke tanah air pada 19 Januari 2019.