Home / Bola Sepak / FAM sasarkan tempat kedua buat Harimau Malaya

FAM sasarkan tempat kedua buat Harimau Malaya

FAM letak sasaran skuad Harimau Malaya untuk tamatkan saingan Kumpulan G Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia di tempat kedua.Presidennya Datuk Hamidin Mohamad Amin berkata ianya bagi membolehkan Malaysia layak secara automatik ke Piala Asia 2023.

Ketua jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe mengakui tiada jalan mudah buat skuad Harimau Malaya pada pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023, bermula September ini.

Pada masa sama, Cheng Hoe mengakui tidak menjangka keputusan undian tersebut dan menyifatkan perlawanan sulung Kumpulan G, berhadapan Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno pada 5 Sept depan adalah aksi yang mustahak.

Diundi bersama-sama Emiriah Arab Bersatu (UAE), Vietnam, Thailand dan Indonesia dalam Kumpulan G, Cheng Hoe menegaskan Malaysia sekurang-kurangnya perlu muncul antara empat pasukan naib juara terbaik untuk mara ke pusingan ketiga, sekali gus layak secara merit ke pusingan akhir Piala Asia 2023.