Home / Bola Sepak / FAM MERANCANG SEMULA PERSEDIAAN DAN PERSIAPAN SKUAD B19 KEBANGSAAN

FAM MERANCANG SEMULA PERSEDIAAN DAN PERSIAPAN SKUAD B19 KEBANGSAAN

Pembatalan Kejohanan AFC B19 di Uzbekistan Oktober depan memaksa Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) merancang semula persediaan skuad B19 kebangsaan untuk disesuaikan dengan tarikh baharu kelak.

Perkara paling penting adalah demi memastikan prestasi pemain di kemuncak di sekitar Mac dan April 2021 berikut ada ura-ura Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) bakal melangsungkan kejohanan pada waktu itu.

“Sudah pasti kesihatan dan keselamatan pemain dan pegawai menjadi keutamaan ketika ini dan saya merasakan ini keputusan yang sepatutnya dilakukan”, ujar pengendali skuad B19 kebangsaan Brad Maloney.

Persiapan pasukan setakat ini berjalan mengikut perancangan yang ditetapkan dan penangguhan kejohanan ini sudah pasti memberi peluang pemain membuat persiapan yang lebih rapi.

Buat masa ini pemain akan kembali memberi komitmen bersama kelab dan pasukan masing-masing di dalam liga.

Skuad B19 berharap dalam memperolehi tempuh latihan dan persiapan diantara 4 sehingga 6 minggu sebelum kejohanan.

Dengan masa yang panjang ini membuka peluang buat Brad Maloney melihat pemain lain yang berpotensi serta membuka peluang pemain membuktikan diri kepada pasukan dan barisan kejurulatihan.

Dalam pada itu setiausaha agung AFC Datuk Windsor Paul John menjangkakan tarikh baharu Kejohanan AFC B19 akan berlansung sekitar bulan Mac atau April 2021.

Banyak negara tidak dapat mengadakan latihan disebabkan pandemik Covid-19 dan ini memberi implikasi kepada persiapan pasukan kerana tidak dapat menjalankan latihan.

Penangguhan kejohanan ini juga mengambil beberapa faktor antaranya jadual penerbangan yang belum disahkan serta proses kuarantin di Uzbekistan yang belum disusun penganjur.