Home / Bola Sepak / FAM MENDAPAT RESTU MKN BAGI MEMULAKAN SESI LATIHAN BUAT SKUAD KEBANGSAAN

FAM MENDAPAT RESTU MKN BAGI MEMULAKAN SESI LATIHAN BUAT SKUAD KEBANGSAAN

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kini boleh menarik nafas lega apabila telah mendapat kebenaran memulakan kembali latihan skuad kebangsaan seperti yang diumumkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Justeri Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengumumkan latihan bola dimulakan 15 Jun ini termasuk semua pasukan Liga Malaysia namun perlum mengikuti SOP yang ditetapkan.

Latihan tanpa sentuhan dengan jarak 3 hingga 5 meter dikuatkuasakan bagi skuad kebangsaan, semua pasukan dan kelab Liga Malaysia.

Ia akan bermula dalam tempuh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) 15 Jun ini dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Ini pastinya memberi kelegaan buat jurulatih dan pemain terutamanya skuad bola sepak kebangsaan yang dalam persiapan menghadapi perlawanan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Bagaimanapun sekiranya FAM mahu memulakan latihan penuh bagi skuad Harimau Malaya dan B19 tahun mereka disaran menggunakan pendekatan Quarantine Phase atau kem latihan pusat seperti yang dilaksanakan oleh program Road To Tokyo (RTT).

Buat masa kini FAM masih belum mengemukakan permohonan secara rasmi bagi memulakan latihan penuh.

Skuad kebangsaan perlu mengadakan persiapan latihan bagi menghadapi Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Dubai paa 8 Oktober ini.

Ini diikuti bertemu Vietnam di Bukit Jalil 5 hari kemudian. Skuad B19 pula akan menghadapi kejohanan AFC di Uzbekistan juga pada bulan Oktober.